Thursday 18 October 2012

Tips untuk APAM merekah atau kembang pecah

Apa yang Imah buat semestinya mudah.. Insya`Allah..

Jika nak bagi apam merekah mudah... tapi tak semua apam leh guna tips ni... Ini tips untuk Apam Pisang, Apam Mekar dan Apam Gula Melaka. Tetapi BUKAN untuk Apam Beras, Apam Eno, Apam polkadot.

Tips :  (Apam Pisang, Apam Mekar dan Apam Gula Melaka)
  1. Letak periuk kukus dan kukus air biar betul2 menggelegak.
  2. Pastikan gula betul2 hancur (jika di masak atas api) dan jika guna mixer, pastikan tiada rasa butiran gula pada jari (tips : lebih baik blender gula sehingga halus walau resepi tu gula kastor). 
  3. Imah pakai tepung cap bunga cempaka.
  4. Pastikan telor berada pada suhu bilik
  5. Bila dah masukkan adunan dalam periuk, 5minit mula api sederhana kemudian 5minit seterusnya dan hingga masak api besar
  6. Imah TAK balut tudung periuk ngan kain..
  7. Jangan sesekali bukak tudung periuk sebelum 7minit. Ini kerana apam leh sentot coz stim atau wap kukusan akan kurang dan dalam keadaaan tidak stabil.

Selamat Mencuba.. Apa pm imah kat fb..

## Rahsia nak bgi apam ni lembut..putar telor, gula n ovellette lame skit.. Tapi jangan terlalu OVER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...