Friday, 19 October 2012

Resepi Red Velvet Cupcake

RESEPI RED VELVET Cupcake

Bahan-bahan : Bahan Kek
  • 250g tepung kek ** (Imah pakai cap cempaka jaa)
  • 1/2 sk garam **(Imah guna garam halus)
  • 2 sudu besar serbuk koko **  (Imah pakai 1 sudu besar ja coz serbuk koko yang Imah guna jenis yg gelap)
    •  Bahan bertanda ** diayak
  • 113g buttercup
  • 300g gula kastor  (Imah guna 170g gula biasa di blender)
  • 2 biji telur gred A  (Imah guna 3 biji gred B)
  • 1sk esen vanila
  • 240ml buttermilk * (Imah guna susu segar + 1 sk cuka)
  • 2sb liquid merah* (Imah guna pewarna bright red 1+1/2 dh cukup)
    • Bahan bertandan * dicampur dan dikacau sehingga sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • 1 sk cuka + 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting (cukup untuk cover 8inch cake n 30biji cupcake saiz 2.5oz)
  • 227g cream cheese (Imah guna 250g)
  • 115 gula ising (Imah guna 2 sudu jaa coz fresh cream dah manis)
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream (Imah guna fresh cream)
  • Susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut (Imah x guna)


Cara-cara :
  1. Panaskan oven suhu 190 darjah celcius.
  2. Dalam mangkuk mixer, pukul butter hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  3. Masukkan gula pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu sehingga habis (1 telur - 1minit, telur ke 2 - 2minit pukul dan telur ke3 - 3minit pukul) dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  5. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan buttermilk. (Di mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung)
  6. Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dengan kaedah kaup balikkan sebati.
  7. Sudukan ke dalam souffle cup dan bakar selama 14 min dengan suhu 180 atau sehingga masak.
  8. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  9. Sejukkan sebelum di hias dengan topping.
  10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Pukul creamcheese sehingga smooth, masukkan fresh cream dan gula pukul hingga smooth lagi terdapat tanduk. 
  11. Paipkan ikut decorasi dan kreativiti anda. 
  12. Untuk lebih sedap dimakan, sejukkan di dalam peti ais dahulu.. Anda akan berada di awang2ngan ketika menikmati RED VELVET CUPCAKE IMAH CHOCOLIKE :p


Before cook



After cooked  - gebusss


Simple deco by Imah ChocoLIKE

 Nak tengok video dari pakar atau link web Joy of Baking



 
Tips untuk deco pada cake yang lebih cantik klik disini  RV Dec

Sekadar berkongsi, Imah pun masih banyak kena belajaq


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...